Mengenai SABAHV fm


  • Sejarah

    SABAHVfm merupakan sebuah unit bersiaran 24 jam dalam enam (6) bahasa. Bahasa etnik adalah Kadazan, Bajau Pantai Barat dan Timur, Murut dan Dusun manakala dua bahasa yang lain adalah bahasa antarabangsa Cina dan Inggeris. Masa siaran adalah seperti berikut:-

    1. Bahasa Kadazan bersiaran secara 'live' dari pukul 6.00 hingga 9.00 pagi.
    2. Bahasa Cina bersiaran secara 'live' dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
    3. Bahasa Inggeris bersiaran secara "live" dari pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang
    4. Bahasa Bajau Pantai Barat bersiaran secra 'live' dari pukul 3.00 hingga 6.00 petang.
    5. Bahasa Bajau Pantai Timur bersiaran secara "live" dari pukul 6.00 petang hingga 7.00 malam.
    6. Bahasa Murut bersiaran secara "live' dari pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam.
    7. Bahasa Dusun bersiaran secara "live" dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam

    12.00 malam hingga 6.00 pagi SABAHVfm bersiaran secara automasi seperti berikut :-

    1. Bahasa Dusun bersiaran dari pukul 0000 hingga 0100 pagi
    2. Bahasa Inggeris bersiaran dari pukul 0100 hingga 0300 pagi
    3. Bahasa Murut bersiaran dari pukul 0300 hingga 0400 pagi
    4. Bahasa Bajau Pantai Barat bersiaran dari pukul 0400 hingga 0430 pagi
    5. Bahasa Kadazan bersiaran dari pukul 4.30 hingga 0600 pagi.
  • Carta Organisasi

  • Visi, Misi dan Objektif

    VISI SABAHVfm

    • Untuk menjadi sebuah stesen penyiaran tempatan yang utama dan unggul.

    MISI SABAHVfm

    • Untuk menyiarkan maklumat dan program hiburan radio yang berkualiti dan berdaya saing dengan menggunakan teknologi terkini serta menepati cita rasa audiens ke arah mencapai wawasan negara.

    OBJEKTIF SABAHVfm

    • Menggerakkan fikiran rakyat khususnya masyarakat tempatan yang terdiri daripada berbilang kaum supaya mengubah pandangan dan cara hidup mereka agar bersesuaian dengan tujuan dan dasar-dasar kerajaan